IKLAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (GP-IPG) SESI 2016

Geran Penyelidikan IPG merupakan satu dana penyelidikan yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) khusus bagi warga IPG supaya dapat terlibat dalam aktiviti penyelidikan asas yang menghasilkan teori, konsep atau idea baharu demi perkembangan ilmu pendidikan guru. Ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu menyemarakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi di semua kampus IPG. Oleh itu, Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru menggalakkan semua warga IPG untuk merebut peluang dalam mendapatkan geran penyelidikan ini demi penghasilan penyelidikan bermutu tinggi di IPG

Permohonan adalah terbuka kepada semua pegawai dan pensyarah Institut Pendidikan Guru untuk memohon Geran Penyelidikan IPG (GP-IPG) 2016.

1. Geran Penyelidikan IPG ini bertujuan untuk:
  
*
melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baharu yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baharu yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif

*
membangunkan profesionalisme pensyarah IPG mengikut kebitaraan atau keperluan IPG masing-masing

*
melonjakkan kecemerlangan IPG sebagai peneraju pendidikan guru melalui program penyelidikan dan inovasi.

*
menghasilkan penerbitan dalam jurnal berwasit dan berimpak tinggi dalam kalangan pensyarah selari dengan peranan IPG sebagai peneraju pendidikan guru

*

mempertingkatkan perkongsian hasil penyelidikan melalui penyertaan pembentangan kertas penyelidikan dalam dan luar negara

2. Borang permohonan beserta dokumen yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

  • a) Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Kampus ( JPPK) - peringkat kampus IPG
  • b) Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan IPGM (JPPI) - peringkat Pusat/Sektor/Jabatan IPGM