BUTIR-BUTIR TAWARAN

Pembiayaan Geran Penyelidikan IPG meliputi kluster asas yang dapat menyokong Hala tuju dan Transformasi IPG. Kluster ini berdasarkan kepada kebitaraan IPG (sila rujuk Lampiran 3). Kluster yang dikenal pasti adalah:-

    • Sains, Matematik dan Teknologi (Science, Mathematics and Technology)
    • Bahasa (Language)
    • Pendidikan (Education)
    • Sains Sosial (Social Sciences)
    • Pengurusan Pendidikan dan Kepimpinan (Educational Management and Leadership)

    Permohonan untuk Geran Penyelidikan IPG perlu menggunakan Borang GP-IPG/1 (Borang Permohonan Geran Penyelidikan IPG) yang terkini daripada pihak IPGM.
    Borang GP-IPG/1 serta Garis Panduan Permohonan Geran Penyelidikan IPG boleh di dapati di :

    http://www.

    Permohonan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan kertas cadangan penyelidikan atau proposal kajian berdasarkan format yang diberi.

    Permohonan mesti merujuk kepada terma dan syarat seperti di dalam Garis Panduan Geran Penyelidikan IPG (GP-IPG)

    Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

    • Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan IPGM (JPPI) bagi pegawai IPGM
    • Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Kampus (JPPK) bagi pensyarah/pegawai di IPGK

    Syarat-syarat Permohonan dan Kelayakan Pemohon

    Geran ini terbuka kepada semua pensyarah/pegawai IPG kampus dan pegawai IPGM dengan syarat-syarat berikut:-

      • Warganegara Malaysia; dan
      • Pemohon mestilah terdiri daripada pensyarah/pegawai IPG. 
      • Setiap pasukan penyelidik mestilah terdiri daripada sekurang kurangnya DUA (2) orang penyelidik sama ada daripada IPG  yang sama mahupun IPG yang berlainan. 
      • Pemohon hanya dibenarkan menjadi ketua penyelidik bagi satu penyelidikan dan hanya SATU (1)  permohonan penyelidikan sahaja akan diperakukan pada setiap penganugerahan.