Pada 4 Mac 2011, Kempen Minggu Tanpa Plastik telah dilancarkan oleh Pengarah IPG Kampus Ipoh. Selama tempoh 4 hingga 11 Mac 2011 warga IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama pengusaha kafetaria, dan koperasi tidak akan menggunakan plastik sebagai menyahut seruan menyelamatkan dunia.

Program ini adalah anjuran bersama IPG Kampus Ipoh dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak. Program ini dilancarkan bertujuan untuk menggalakkan kempen pengurangan penggunaan plastik yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Sepanjang kempen tersebut, beberapa aktiviti telah dirancang seperti Pertandingan Debat (7 Mac), Pertandingan Poster (8 Mac), Pertandingan Fotografi (9 Mac) dan Program Eksplorace (10 Mac).

Terakhir Dikemaskini (Isnin, 07 Mac 2011 04:17)