Syukur alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berjaya mengharungi cabaran demi cabaran pada tahun 2014 dengan jayanya. Justeru, kejayaan yang lalu dalam bidang kurikulum, inovasi mahupun kokurikulum perlulah ditingkatkan lagi pada tahun 2015 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Bagi menjamin kejayaan institut ini, setiap warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh perlu melaksanakan konsep bekerja sebagai satu pasukan, umpama berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Konsep bermusyawarah, menghargai masa dan melaksanakan visi serta misi institut perlu dihayati oleh setiap warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Di samping itu, perancangan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran mesti terus dipatuhi mengikut piawaian MS ISO 9001:2008, MQF, Standard Guru Malaysia, Budaya IPG dan Penarafan Bintang (Star Rating) serta Amalan 5S.

Akhir kata, syabas kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh atas segala pencapaian dan kejayaan yang diraih sepanjang tahun lepas. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha kita untuk meneruskan kecemerlangan dalam semua bidang pada tahun 2015.

Sekian, terima kasih.

Hj. Kamarulizham bin Hazizi

Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Perak Darul Ridzuan.