Jabatan Ilmu Pendidikan merupakan sebuah jabatan yang melaksanakan kursus-kursus pembangunan profesionalisme yang merentasikan pelbagai jabatan dan disiplin ilmu. Kursus-kursus yang dikendalikan oleh jabatan ini bertujuan untuk melengkapkan peserta kursus dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan. Jabatan ini sentiasa komited dalam membangunkan modal insan dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Objektif

Jabatan Ilmu Pendidikan berhasrat menjadi pemimpin pedagogi yang ulung berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Justeru, fokus utama Jabatan Ilmu Pendidikan adalah pembangunan sumber manusia (pendidik) yang mempunyai tahap profesionalisme keguruan yang tinggi, kemahiran pedagogi yang unggul serta memiliki pengetahuan kandungan yang mantap.