Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) adalah aspek teras dalam pembangunan sesebuah institusi latihan perguruan. Penghasilan guru berkualiti banyak bergantung kepada kecekapan pengurusan Jabatan HEP.

Objektif Jabatan HEP

  • Membaiki tahap keselesaan dan keselamatan pelajar
  • Menyediakan semula kemudahan dan keperluan pelajar
  • Memperbaiki tahap kualiti pengurusan pelajar
  • Memberi bimbingan memperbaiki disiplin & sahsiah pelajar
  • Memupuk dan mengembangkan nilai-nilai kepimpinan pelajar
  • Memperbaiki tahap kebajikan pelajar

Aktiviti Jabatan Hal Ehwal Pelajar

  • Pendaftaran pelajar baru KPLI, KDPM, KDC, PKPG
  • Menguruskan minggu Pengurusan Pelajar Baru
  • Menguruskan urusan kediaman pelajar
  • Menguruskan kebajikan pelajar
  • Menguruskan pelajar bermasalah dengan pendekatan kaunseling
  • Menguruskan urusan disiplin pelajar
  • Menguruskan perkembangan sahsiah keguruan pelajar melalui aktiviti-aktiviti toturial
  • Menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan projek kumpulan toturial
  • Menyelaskan aktiviti tutor.
  • Menguruskan projek Bina Insan Guru