Jabatan ini ,merupakan sebuah jabatan akademik yang berperanan melatih bakal guru yang berilmu pengetahuan dan cekap berbahasa Melayu, menguasai kemahiran pedagogi Bahasa Melayu, mengaplikasikan kemahiran Bahasa Melayu Merentas Kurikulum, dan sebagai pusat rujukan pedagogi, penyelidikan serta pengembangan bahasa Melayu.

Objektif JPM

  • Memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa lisan dan komunikasi
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ikhtisas pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam tatabahasa dan linguistik bahasa Melayu
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
  • Meningkatkan pengetahuan dan perkaedahan mengajar pensyarah dan guru pelatih
  • Meningkatkan profesionalisme para pensyarah Pengajian Melayu melalui penyelidikan, pembentangan penulisan ilmiah dan penerbitan