22 Februari 2013 (Jumaat)Bilik Dahlia, IPG Kampus Ipoh. Satu sesi Meja Bulat telah di kendali olehEn Kamarulazli Mohamad Yusoff dariJabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, IPG Kampus Ipohbertajuk "Joging Bahayakan Kesihatan?".Perbincangan bermula dengan penerangan berkenaan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti joging menjadi berbahaya seperti kemalangan, sakit belakang, sakit jantung, tekanan kepada bahagian kaki, kerosakan kepada anggota yang kekal, kerosakan hati dan jantung dan risiko kepada sendi.

Walau bagaimanapun faktor-faktor tersebut boleh diatasi melalui perancangan aktiviti senaman mengikut kesesuaian fizikal, menggunakan prinsip ansur-maju, mempunyai pakaian dan peralatan yang sesuai, keseronokan dan senaman secara berterusan. Panduan untuk aktiviti joging adalah sesi memanaskan badan (5 hingga 10 minit), senaman (20-30 minit) dan penyejukan badan (5 hingga 10 minit) yang berasaskan Formula FITT (Frekuensi, Intensiti, Time dan Type) . Jika dilakukan dengan betul, aktiviti jogging dapat membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila tua, menguat dan meningkatkan kuasa denyutan jantung, membakar kalori dan mengurangkan risiko kekejangan. Jogging juga dapat menyelesaikan masalah sistem pencernaan, pedih hulu hati, mencegah penyakit ulser dan mengurangkan tekanan serta ketegangan.