Program Pengajian Institut Pendidikan Guru
KURSUS PRAPERKHIDMATAN

Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah dan menengah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara kursus yang ditawarkan ialah:

i. Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI)

Program DPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 setengah tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan adalah seperti berikut ;
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Sains
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Jasmani
  • Bimbingan
  • Pemulihan
  • Pengajian Sosial
  • Pendidikan Muzik


ii. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :

Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah, kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab
  • Sains
  • Matematik
  • Pengajian Sosial
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Prasekolah
  • Pendidikan Muzik
  • Pemulihan
  • Bimbingan
  • Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran/ Pendengaran/ Penglihatan)

iii. Program Kembar Praperkhidmatan B.Ed. (TESL) antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dengan Institusi-institusi Dalam dan Luar Negara :

Kursus ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.


iv. Program Kembar Bahasa Perancis atau Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French As A Foreign Language

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Perancis di sekolah. Kursus ini menggunakan kurikulum yang telah dipersetujui bersama dengan University of Poitiers, Perancis.


v. Program Kembar Bahasa Jerman atau Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Jerman di sekolah.


vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara:

Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan SPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar dalam matapelajaran mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Struktur pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1 ? - 2 tahun dalam Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di universiti luar negara dan 1 tahun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru. Kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut;

  • Bachelor of Science (Honours) Physics
  • Bachelor of Science (Honours)Mathematics
  • Bachelor of Science (Honours) Biology
  • Bachelor of Science (Honours) Chemistry
  • Bachelor of Science (Honours) Clinical Speech Therapy
  • Bachelor of Science (Honours) Occupational Health Therapy
  • Bachelor of Science (Honours) Audiology
  • Bachelor of Science (Honours) Clinical Psychology