Profil Institut Pendidikan Guru
Nama
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (KAMPUS IPOH)
Name
INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION (IPOH CAMPUS)
Kod IPG
AMA2002
Alamat
31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN
No Telefon
05-5331311
Nombor Faks
05-5332743
Laman Web
http://www.ipip.edu.my
Alamat E-Mail Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
Sejarah Penubuhan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh telah mula diasaskan di Kangar. Buat permulaan guru pelatih kumpulan pertama seramai 161 orang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar sebagai kampus sementara. Pengetua pertama institut ini ialah Encik Abu Bakar bin Don dan Naib Pengetua ialah Encik Khalil Shah bin Jamaludin. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.

Pada 1 Januari 1977, institut ini telah dipindahkan ke Ipoh dengan menumpang bangunan Institut Perguruan Kinta di Jalan Dairy, Ipoh.Pada 1 April 1977, institut ini telah berpindah ke kampus sementara di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh (Baru). Kampus tetap di kawasan seluas 42.5 hektar di Hulu Kinta siap pada 1 Jun 1983 dan sekali lagi institut ini berpindah dan kekal sehingga sekarang. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini telah dirasmikan pada 2 Mei 1987 oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan.

Kini Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berkembang maju di bawah pimpinan pengarah Tuan Hj.Kamarulizham bin Hazizi yang merupakan pengarah institut pada ketika ini.


Gambar Landmark IPG
Pintu Gerbang Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Dewan Seri Tanjung
Peta Lokasi Ke IPG
Lakaran Peta Jalan Raya Ke Lokasi Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh