Bentuk pengajaran yang menggunakan pendekatan eklektik ini adalah menggabungkan elemen-elemen daripada kedua-dua pendekatan iaitu induktif atau deduktif. Rasional amalan pendekatan induktif dan deduktif dalam sesi pengjaran dan pembelajaran ialah kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai aras dan kebolehan. Ada pelajar yang senang atau mudah memahami isi pelajaran jika diberi contoh dahulu dan ada pula pelajar yang mudah faham jika dibuat generalisasi terlebih dahulu dan diakhiri pengajaran pada hari itu dengan mengemukakan contoh-contoh bagi menjelaskan maksud atau konsep sesuatu perkara.

Jika seseorang guru memilih pendekatan deduktif, langkah-langkah pengajaran berikut boleh digunakan:

1.    Guru menerangkan generalisasi/hukum-hukum atau peraturan

2.    Guru menggunakan contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut

3.    Guru mengaitkan contoh dan menjelaskan generaalisasi tersebut.

Sebaliknya jika guru ingin menggunakan pendekatan induktif, langkah berikut pula boleh dilaksanakan.

1.   Guru menggunakan banyak contoh bagi menjelaskan sesuatu konsep dengan lebih jelas.

2.   Berdasarkan contoh-contoh tersebut guru dan pelajar akan bersama-sama membentuk generalisasi

3.   Mungkin sebagai pengukuhan guru dan murid akan mengemukakan contoh dan mendorong pelajar mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran.