Pembelajaran jenis ini membolehkan guru memberi focus kepada kandungan dan kemahiran berfikir. Pembelajaran jenis ini mengikuti langkah Hilda Taba (1962).yang mengandungi fasa-fasa. Misalnya;

1.    Menghuraikan

Guru meminta murid menghuraikan cirri-ciri sesuatu aspek, contohnya, sifat serangga iaitu semut dan belalang dari segi habitatnya, warna, saiz dan jenis makanan.

2.    Membandingkan

Selepas pemerhatian kedua-dua jenis serangga tersebut pelajar boleh diminta untuk membuat perbandingan tentang sifat-sfat serangga tersebut dengan membuat banding beza.

3.    Menerangkan

Penerangan melalui pemerhatian adalah bahagian penting dalam fasa ini. Setelah melihat perbezaan dan persamaan semut dan serangga pelajar akan menerangkan  cirri-ciri serangga tersebut.

4.    Hipotesis

Fasa ini adalah fasa yang lebih tinggi tahapnya di mana pelajar membuat hipotesis serta memikirkan  secara abstrak dari segi penakulan sesuatu.

5.    Membuat generalisasi

Pelajar-pelajar diminta untuk membuat kesimpulan dan rumusan tentang maklumat yang dikumpulkan dan membentuk satu atau lebih generalisasi