Dapatkah anda menjelaskan maksud strategi pengajaran?

Satu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran

  1. Pemusatan Guru :  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang meletakkan guru sebagai ketua, orang yang serba tahu dan ada ciri kepimpinan autokratik. Contoh pengajaran yang berpusatkan guru ialah demostrasi, bercerita dan syarahan. Satu aktiviti pengajaran yang mudah dirancang dan diurus.
  2. Pemusatan Murid :  Strategi ini bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagimana ia dapat dipelajari. Terdapat sedikit  kecenderungan terhadap  pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka. Pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar (Orlich et  al., 2007). Pembelajaran menekankan  kepada pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri.

  3. Pemusatan Bahan/Sumber : Strategi berasaskan sumber atau bahan pembelajaran bermaksud guru menggunakan banyak bahan sumber seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, computer, pusqt sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi ini meliputi bahan yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individui dapat belajar dengan baik. Diharapkan dengan penggunaan pelbagai media itu akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang bukan sahaja daripada segi pencapaian akademik tetapi aspek peningkatan kemahiran dan keupayaan mental dan pemikiran kritikal dan kreativiti pelajar. Antara sumber atau bahan pengajaran dan pembelajaran itu adalah:

    1. Slaid dan jalur filrem

    2. Projector lutsinar dan lutsinar

    3. Pita rakaman dan televisyen

    4. Model-model tiga dimensi seperti glob dan rangka manusia

    5. Modul terancang Pakej pembelajaran dengan penggunaan computer.

  4. Strategi Pemusatan Tugasan : Strategi ini adalah satu startegi yang memberi peluang pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dirancang. Bimbingan dan ‘scaffolding’ sentiasa diberikan semasa murid melaksanakan aktiviti.

    Aktiviti yang dipilih seharusnya mengambil kira criteria berikut:

    1.    Berasaskan kepada matlamat topic yang hendak diajar.

    2.    Aktiviti yang relevan dengan situasi semasa

    3.    Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi

    4.    Perlu menstruktur lebih awal aktiviti yang hendak dilaksanakan supaya dapat berjalan dengan lancar.