Jika merujuk kepada pandangan Kagan (1994), kaedah pembelajaran koperatif yang kita gunakan disebut sebagai Struktur Pembelajaran Koperatif. Mengapa dikatakan struktur? Ini kerana aktiviti –aktiviti pembelajaran murid yang dirancang disusun  dan disempurnakan dengan tepat  daripada segi prinsip, matlamat dan nilai perkongsian bersama dengan disulami idea bahawa pembelajaran itu menyeronokkan “Learning is fun”. Dalam masa yang sama pembelajaran koperatif berkisar kepada  perkara perancangan akademik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran social. Pembelajaran koperatif yang dipelopori Slavin (2005) merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaranyang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar.

Enam konsep pembelajaran koperatif ialah pasukan, keinginan untuk bekerjasama, pengurusan koperatif, kemahiran bekerjasama, prinsip asas pembelajaran koperatif dan struktur pembelajaran koperatif.